หมวดหมู่ :
หนังแอนนิเมชั่น
,
หนังแอคชั่น
,
หนังตลก
เรื่องย่อ : BoBoiBoy: The Movie โบบอยบอย: เดอะมูฟวี่ (2016)
ชื่อภาพยนตร์ : BoBoiBoy: The Movie โบบอยบอย: เดอะมูฟวี่
แนว/ประเภท : Action, Comedy, Animation
ผู้กำกับภาพยนตร์ : Nizam Razak
บทภาพยนตร์ : Anas Abdul Aziz, Nizam Razak
นักแสดง : Nur Sarah Alisya, Anas Abdul Aziz, Su Ling Chan
วันที่ออกฉาย : 13 April 2016
มันเป็นวันที่โบบอยบอยจะไปตั้งแคมป์กับเพื่อนของเขา ออโชบอท เพื่อนหุ่นยนต์ของเขาซึ่งเป็นรุ่นที่เก้าของ Power Sphere ปลุกเขาขึ้นเมื่อมันสายไปแล้ว เพื่อนของเขายาย่าหยิงและโกปาลทำให้เขานึกถึงค่ายอีกครั้ง ในขณะที่ โบบอยบอย และ ออโชบอท กำลังเดินทางไปที่ค่ายนั้น โบบอยบอย เล็งเห็นการไล่ล่าระหว่างตำรวจกับกลุ่มโจรซึ่งเผยให้เห็นว่าเป็นส่วนหนึ่งของการปล้น แทนที่จะไปที่ค่ายเขาตัดสินใจที่จะจับโจรและออกจาก ออโชบอท เพียงอย่างเดียว
IMDB : tt5466576
คะแนน : 7.1
รับชม : 5212 ครั้ง
เล่น : 2003 ครั้ง
Saya tidak pernah menonton walaupun satu episod siri BoboiBoy di TV. Tontonan saya hanyalah atas alasan untuk membantu industri filem animasi negara walaupun kualiti yang di sajikan tidaklah sehebat kualiti animasi luar negara. Bagi saya peluang menonton filem animasi yang di bikin oleh rakyat Malaysia di pawagam adalah satu kebanggaan yang harus di raikan. Dari pengalaman lalu, siri animasi negara makin bagus. Sudah tentu tidak sehebat filem bikinan Disney atau syarikat lain, tetapi untuk sebuah filem buatan Malaysia kualiti akhir yang di persembahkan cukup memuaskan pada saya. Melangkah masuk ke pawagam saya akui saya menaruh harapan yang agak tinggi. Kualiti animasi Bola Kampung: The Movie yang ditayangkan 3 tahun lalu adalah benchmarks yang saya secara peribadi mahu BoboiBoy atasi. Dengan mudah BoBoiBoy: The Movie berjaya malah filem ini berjaya buat saya terpukau.
Kejayaan BoboiBoy bukan sahaja di lihat dari sudut teknikal malah secara keseluruhan filem tersebut. Sebagai sebuah filem yang di buat khas untuk kanak-kanak, ianya cukup juga baik untuk memberi hiburan kepada golongan dewasa. Plot filem ini mudah dan baik untuk tontonan segala lapisan usia. Plot bermula tanpa pengenalan, sedikit kecacatan yang saya kesali. Ya benar, di akui BoboiBoy tidak perlu pengenalan, cukup popular di kalangan kanak-kanak. Akan tetapi untuk filem pertama dan mungkin pasaran luar negara adalah lebih baik jika plot sedikit ambik masa untuk menjelaskan “sejarah” BoboiBoy dan rakan-rakannya. Mungkin boleh di perjelaskan secara montage yang hanya mengambil masa beberapa minit untuk memberi penjelasan kepada golongan yang kosong pengetahuan seperti saya. Walau bagaimana pun ia hanyalah perkara kecil, kecacatan yang mampu di maafkan.
Berbalik kepada plot cerita, perjalanan plot tidak di sia-siakan. Jangkamasa 1 jam 40 minit di guna pakai sepenuhnya untuk bukan saja memberi hiburan malah memberi kesan emosi yang agak mendalam. Plot membawa tema persahabatan di campur gaul dengan tanggungjawap. Satu gabungan yang baik pada pendapat saya. Lebih baik tema ini di sampikan dengan cara yang cukup ringan dan bersahaja agar golongan kanak-kanak memahami mesej yang ingin di sampikan. Cukup sesuai pemilihan cara penceritaan filem ini bagi membolehkan mesej di cerna minda penonton kecil. Sesuatu yang cukup saya kagumi. Plot sentiasa sarat dengan komedi dan ini membuatkan perjalanan plot tidak membosankan. Menarik dan menghiburkan. Bagi saya ibarat menonton Big Hero 6 sahaja.
Dari segi olahan watak pula, saya mengambil masa yang agak lama untuk mengenali setiap watak. Mujur olahan watak dibuat baik. Walaupun kosong pengetahuan saya, cara watak di olah dan plot penceritaan berjaya buat saya memahami serba sedikit watak yang ada. Saya akui masih kurang mengenali kebanyakkan watak yang terdapat di dalam filem ini tetapi untuk memahami keseluruhan filem ini tiada masalah. Penciptaan setiap watak juga bagi saya cukup memuaskan. Amat bagus bila mana perbezaan watak dapat di lihat jelas di pamerkan. Secara peribadi watak Gopal bagi saya cukup menarik. Saya tertarik bagaimana watak ini di gambarkan. Cukup ceria. Watak Papa Zola bagi saya di buat agak keterlaluan. Di akui watak ini banyak membantu dalam memberi komedi tanpa di duga tetapi kemunculannya secara berterusan bagaikan sengala di buat bagi memaksa penonton ketawa. Lebih baik jika kemunculannya di kurangkan. Bagi saya “badut” terbaik masih Gopal. Bersahaja tetapi cukup ceria. Watak lain pula bagi saya dibuat baik cuma kurang ditumpukan. Boleh di maafkan kerana bukan senang untuk membuat sebuah cerita yang punyai banyak watak sebegini.
Dari segi penulisan dialog pula, apa yang dibuat cukup luarbiasa. Harus memperolehi markah penuh pada pendapat saya. Dialog cukup baik di tulis, kena dengan keperluan dan tahu membentuk mood tontonan saya. Jika komedi yang ingin di beri, ianya muncul tanpa di jangka dan tak pernah gagal buat saya ketawa. Jika emosi yang mahu di sampaikan, kesedihan itu terasa jauh di sudut hati. Cukup menggagumkan bila dialog berjaya berfungsi baik dalam menentukan mood menonton saya. Pemilihan muzik latar yang menghiasi keseluruhan filem juga hebat. Muzik latar biasanya tidak di ambik berat oleh kebanyakkan filem Malaysia, akan tetapi untuk filem ini susunan muzik latar cukup baik. Pada saya apa yang dibuat walaupun tidak kelihatan besar impaknya tetapi cukup saya hargai kesungguhan produksi yang begitu teliti dalam hal ini.
Aksi yang terkandung dalam filem ini bagi saya bersesuaian untuk sasaran penonton kecil. Tidak kelihatan terlalu ganas atau pun terlalu hebat sehinggakan payah di terima kanak-kanak. Satu masalah yang saya nampak adalah kuantiti babak aksi bekenaan. Di hujung filem ini contohnya, aksi yang agak keterlaluan dan berlaku dalam tempoh masa yang agak lama. Menarik aksi yang di paparkan cuma keterlaluan sehingga ada ketikanya membosankan untuk di tonton. Komedi pula bagi saya cukup menjadi. Seperti yang saya katakan di awal review ini, penulisan dialog yang baik berjaya memberi komedi bersahaja. Selain dialog penggunaan elemen yang dekat dengan kehidupan masyarakat kita di guna pakai sebaiknya bagi memudahkan penonton memahami komedi tersebut. Perbuatan selfie contohnya di selit baik dan impaknya komedi itu mudah di rasai. Dari sudut emosi pula, plot berjaya buat penonton melihat emosi Ochobot dengan lebih dekat, emosi penonton di pupuk sejak awal. Saya agak terkejut bila emosi sedih yang ingin di sampaikan berjaya menyentuh hati kanak-kanak. Cara penyampaian yang cukup baik.
Efek atau grafik filem ini pula masih jauh ketinggalan jika di timbang banding dengan kualiti pengeluar filem animasi yang lain. Harus di akui jauh lebih baik dari filem pertama Nizam Razak. Geng: Pengembaraan bermula yang sudah berusia 7 tahun agak kurang kemas sekarang jika di letak bersebelahan dengan BoboiBoy. Satu peningkatan yang baik. Harap untuk masa mendatang Nizam Razak dapat memberi sebuah filem yang lebih baik dari sekarang. Di masa sekarang apa yang dibuat bagi saya wajar di beri pujian.
Babak pilihan saya untuk keseluruhan filem ini adalah babak geng BoboiBoy di kejar sotong besar. Babak tersebut cukup menarik untuk di pertonton. Aksi yang cukup menarik di tambah dengan komedi yang tidak di jangka. Saya cukup suka adegan ini, bagi saya babak ini merupakan bukti penulisan yang bijak, simple tapi cukup berkesan. Dari sudut penerimaan pula, sambut yang luarbiasa dapat dilihat. Kutipan melalui tayangan di pawagam juga tidak menghampakan. Dalam masa 4 hari tayangan sahaja, filem ini berjaya meraih kutipan 3.5 juta. Satu pencapaian yang cukup luarbiasa.
Secara kesimpulannya, filem BoBoiBoy: The Movie bagi saya sebuah filem animasi yang wajib ditonton. Ianya merupakan sebuah filem yang baik walaupun untuk tontonan golongan dewasa. Saya yakin peminat siri TV BoboiBoy akan cukup berpuas hati. Totonan di pawagam tidak akan merugikan. Berbaloi dengan harga tiket. BoboiBoy bagi saya berbaloi untuk di beli dalam dijadikan koleksi. Tahniah Nizam Razak kerana berjaya mengangkat martabat filem animasi